Monday, October 27, 2008

Darurat Hadhari Dr Masitah

Salam buat Pn. Halimahton dan anak2. Semoga puan dan keluarga sentiasa dilindungi Allah SWT. Pertamanya maaf jika tulisan saya ini agak panjang, namun ada yang saya ingin kongsi bersama puan. Secara peribadi saya turut merasa simpati dan sedih di atas apa yg berlaku pada Sufiah, juga puan sekeluarga yang secara tidak langsung turut menanggung akibatnya. Entah kenapa, saya juga terasa dekat dgn puan walau kita tak kenal satu sama lain, apatahlagi jarak UK-M’sia yg ckup jauh..namun satu kebetulan saya juga anak kelahiran Muar, Johor dan juga atas sbb kita saudara sesama Islam membuatkan saya terpanggil untuk memberi komentar. Dalam isu Sufiah, sebagai org Islam, saya simpati dgn puan. Untuk pengetahuan puan, kita juga mungkin kebetulan mengalami nasib yang agak serupa. Di waktu ini, saya, mak dan adik-beradik sedang bertungkus-lumus membawa adik perempuan saya balik ke pangkal jalan. Hanya kerana culture shock belajar di IPTA (universiti) adik saya jadi lupa diri sehingga melupakan jasa ibu yang selama 9 bulan mengandung dan membesarkan. Hingga saat ini, adik saya telah hampir 2 bulan mengikut teman lelaki, katanya ke rumah ibubapa teman lelakinya. Tapi, dia fikir kami kakak2 dan abang2nya bodoh..adik saya hidup hanya nak enjoy, dah macam takde hala tuju. Akhirnya pelajaran pun tercicir, masa depan bakal gelap kalau dia tidak beringat2 dan sedar dari sekarang. Walau cukup didikan agama dan dunia oleh ibubapa, tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah tak bermakna apa-apa. Benarlah, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Sedangkan mak dan arwah ayah saya tak pernah kurang dalam mendidik anak2, terutama bab2 agama Islam. Cuma mungkin adik saya tak sempat merasa kasih sayang arwah ayah kerana meninggal dunia ketika adik saya berusia 3 tahun, namun itu bukan alasan untuk tagih kasih syg lelaki. Rasanya cukup melimpah ruah kasih sayang kami abang2 dan kakak2nya serta ibu kepada adik bongsu saya yang masa kecil sangat comel, dia cukup kami sayangi dan manjakan. Masih ingat lagi ketika kecil, (siapa org Johor taulah, mungkin negeri lain pun punya sistem yang sama) kami di Johor mempunyai sistem pendidikan sekolah agama yang sangat istimewa. Adik saya juga tamat belajar sekolah agama. Saya lihat, pelajar2 universiti di M’sia sekarang kebanyakannya mcm culture shock. Gadis2 Melayu kini nampak seronok diusung boyfriend keluar masuk hotel, disko dan terlibat dgn segala macam maksiat. Ini cerita benar, kawan baik saya sekolah maahad, tapi bila masuk universiti, tudung labuh ‘terbang’, pakaian dah macam tak cukup kain, paling teruk duduk bersekedudukan pulak dengan bangsa asing sampai bila ditanya kalau kawin nanti mahukah teman lelaki masuk islam, dia boleh jawab “tak kisahlah, mana2 pun boleh. islam pun boleh, apa2 pun boleh!” Nau’zubillah! APA SUDAH JADIK DENGAN GADIS MELAYU ISLAM?? Saya hanya mampu beristighfar panjang, masyaAllah!! Mereka ini ada otak!! Kenapa agama Islam diketepikan? Saya juga kini seorang ibu kepada 2 anak2, sebagaimana harapan ibu saya pada saya agar anak2 jadi insan berguna, begitulah harapan saya pada anak2 saya agar menjadi anak2 soleh dan solehah. Hingga saat ini, kami tak putus2 cari ikhtiar membawa adik saya ke pangkal jalan serta berubat, termasuklah kononnya adik saya kena minyak pengasih, katanya di tahap kronik. Rasanya dah banyak org kami minta pertolongan, secara tradisional atau lain2. Air yasin segala macam masjid, semuanya belum berhasil. Hanya doa ibu serta adik-beradik kini tak lekang dari bibir mohon Allah SWT beri hidayah buat adik bongsu kesayangan kami ini. Rasanya ibu saya dah kering airmata, namun apa yang pasti Allah itu Maha Mendengar. Terkini ada org pandai2 bagi jalan, cuba air wuduk ibu ditadah dalam bekas, serta disapukan ke tubuh badan adik ketika tidur, insyaAllah dengan izin Allah SWT jika ilmu2 salah akan terhapus dengan air wuduk ibu sendiri. Wallahua’lam.
Kita hanya mampu berikhtiar, namun Allah SWT yang berkuasa menentukan. Apa yang pasti, setiap yang terjadi tentu ada hikmah di sebaliknya. Cuma harapan saya agar puan Halimahton ikhtiar terus cari jalan, umpama kita main layang2, bila terlepas talinya, cuba sedaya upaya tangkap tali itu. Bila dah berjaya pegang ekor tali layang2, pegang ianya sekuat hati dan jangan sekali2 bagi ianya terlepas lagi. Mereka ini umpama layang2, terlalu mudah ditiup angin. Kita inilah saudara terdekat yang patut memastikan agar kita tidak lagi terlepas pandang dan cuba sedaya upaya agar tali iman itu tidak terlepas atau terputus terus, Na’uzubillah. Teruskan memberikan pendidikan agama Islam pada anak2 puan, maklum hidup di rantau orang apatahlagi bumi Inggeris macam2 boleh jadi. Sebagai orang Islam, berdosa kita kalau hanya tunggu dan lihat tanpa berbuat apa2. Saya ambil kesempatan ini memuji usaha pihak2 yang berkenaan baik kerajaan atau pembangkang untuk mengembalikan adik Sufiah ke jalan yang diredhai Allah, juga pangkuan keluarga. Dan sebagai keluarga, kita terus berusaha dan berdoa, jika dikabulkan Allah, saya pasti ianya pengakhiran yang cukup manis dan bererti buat kita semua, syukur padaNya. Namun, jika sebaliknya, terimalah ketentuan Illahi serta qada’ dan qadarnya, mereka yang pilih sendiri jalan kehancuran itu, namun kita masih teruskan doa agar mereka diberi hidayah tidak sesat lebih jauh apatahlagi murtad, Nau’zubillah. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah terbesar, buat puan dan adik-beradik Sufiah teruskan IKHTIAR+DOA+SABAR….. Semoga ianya menjadi iktibar buat kita SEMUA!! Apa yg berlaku pada Sufiah, puan Halimahton dan keluarga tidak mustahil akan berlaku pada kita kerana hidup ini umpama roda..kalau tak kita, anak cucu kita.. nau’zubillah! BALASAN ALLAH SWT ITU PASTI, SYURGA NERAKA ITU BENAR.. Kepada yang menderhaka pada ibubapa dan terlampau sosial serta tak ingat agama, bertaubatlah sebelum terlambat..ingat, sebelum matahari terbit dari barat!! Salam kembali buat puan Halimahton dan anak2, harap tabahkan hati.. Wassalam

No comments: