Sunday, November 30, 2008

Minyak rakyat tertipu

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

- Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.


Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah. - mns

Saturday, November 8, 2008

Krisis Ekonomi USA

-- Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam


Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, =aya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada membaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.


FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna =iskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam =ang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia =isebut sebagai mempunyai 'credit rating' yang rendah. Mereka ini =iasanya terdiri dari :-

· mereka yang mempunyai pendapatan =endah,

· mempunyai sejarah dan rekod =egagalan bayaran hutang yang tinggi, atau 'rekod merah'.

· mereka yang beban hutangnya telah =elebih kemampuan pendapatannya,

· para spekulator yang tiada mempunyai =ang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.

Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat =injaman.

Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi =erpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka =uga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta =erdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat =ereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.

Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan =epada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko =egagalan membayar hutang yang dinamakan 'event of default' akan menjadi =emakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi =aka lagi tinggilah kadar riba 'interest' yang akan dikenakan terhadap =eminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman =enis subprime seperti New =entury Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal =emperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula =elihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan =emberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, =erbankan dan ekonomi USA.

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan =esannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian =esar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman =rothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau =esan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan =ereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble =alam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga =encapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika =ilihat kepada purata pendapatan penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut 'defaulters' menjadi =emakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan =ada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula =ehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah =idak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun =enjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan =an ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) =tau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan =ugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga =akal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah =emperuntukan 'bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD = trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan =ersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan =enjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun =erdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang =enganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti =enat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private =an bukannya dibeli oleh kerajaan. =2]

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, =umlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari =eluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan =igunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall =treet, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan =idak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang =enyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk =enyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada =ebarang bantuan.

b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa =encetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu =ilai USD akan jatuh merudum.

c) Sebahagian pakar ekonomi menamakannya sebagai hyperinflation =tau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut =atuh.

Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun =923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) =,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang =erbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion =dalah sama dengan USD 1. [3]

d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa =encari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai =atawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar =injaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 =tu sudah jatuh kepada USD 900.

e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti =erlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan =utang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah =ekarang iaitu USD 10.6 trillion. > =4]

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA =embantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh =ereka. Mereka menegaskan :-

"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. =...] The government can ensure a well-functioning financial industry =...] without bailing out particular investors and institutions whose =hoices proved unwise." [5]



PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu =ubprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila =injaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . =Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang =isandarkan kepada sesuatu aset ( = asset-backed =ecurity ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari =embayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman =erumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut =ahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok =injaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. =ila lihat rajah untuk lebih faham.

MBS

Sila lihat kepada pulangan riba 'expected return' yang dijanjikan kepada =elabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal =itepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu =umpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil =elaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage =acked Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN =ETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang =isandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah =ibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan 'investment =anks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat =eempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan =debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh =edunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam =edunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal =utang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David =ikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 =ahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas =ncik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan =ang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik =ingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga =ang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun =ncik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap =iba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya =estilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera =amun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia =anggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah =ipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba =ebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan =arga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti =erikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti
New Century Financial =orporation

Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch =an lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan =erancam. Inilah yang berlaku.



Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam =es subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang =ewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang =esar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh =eminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan =ebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan =ang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula =enjelma.



NYSE



KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di =all Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai =ilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga =empunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah =rading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and =rivate equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan =utang riba 'debt trading'.

Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest =ecurity (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di =asaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam =ijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage =arket. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang =ipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman =erugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 =illion.

Lehman



Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan =asih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage =acked securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah =atuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy =hapter 11 > [8], ketika itu statistik =encatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 =illion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset =eseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion.

Pada 22 September 2008 mereka telah 'ditelan' atau dibeli oleh sebuah =agi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak =SD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) = [10]. Namun, Barclays hanya membeli =unjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang =erangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa =ang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset =aybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan =ejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan =erkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 =illion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk =kibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai =etiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. = [11] Semuanya hasil ketamakan dan =ini bala dari industri RIBA sudah tiba.

Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut =enderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai =erbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan =merika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.

Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah =endapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran =ari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan =erajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal =ational Mortgage Association ( > Fannie Mae) =an Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana =ereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari =eseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun =khirnya, mereka turut 'gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh =erajaan US.
Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan =ergasi di Wall Street seperti terlibat =alam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga =edang berpeluh kerisauan tentunya.



KESAN KEPADA ANDA?

Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi =erana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi =ewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. =ebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk =enghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara =angsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.

Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan =utomatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga =urut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti =epanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, =anyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai =elabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa =epanasannya.

Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG =uga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di =eluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan =emburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga =endapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal =agal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, =erutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl =emberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang =rami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan =bungkus' juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya =erdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang =erjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The =inancial Services Authority (FSA). =13] Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, =emudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang =ecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.

Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member =esan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, =ermasuk Malaysia.

Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat =etapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.

PANDANGAN ISLAM

Saya ringkaskan begini :-

1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan =ukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang =eperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang =ebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. =eadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan =ndustri riba yang akhirnya jatuh merudum.

2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan =epada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang =elihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik =erana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang =astinya tidak akan mampu dibayar.

3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri =utang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) =eningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan =utang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama =ahaja.

Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun =ebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.

Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia =embenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali =utang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak =aliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama =ntarabangsa.

Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-

Two main points are essential in this regards: elimination of debt =rading in the Islamic econo-finance system is important. This is an =ssential result of the prohibition of Riba.

Once debts are no more discounted and traded, the financial market =annot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact =inancing shall always be less that real market transaction because =inancial institutions require that certain portion of the transaction =e financed by the parties themselves from equity.

This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a =ajor cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. =he second lesson is never finance non- real transactions. that is =liminating most of the derivatives and their transactions that are =ssentially speculative and do not add value to the economy.

Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, =ut that is a little remote from the finance mentality and it is long =erm by definition and nature.

4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan =etap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya =embebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun =adaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji =tu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.

Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya =embenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya =unyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, =an ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan =iba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana =eperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. =Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu =engan terperinci dalam tulisan ini).

Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia =i dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.

5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, =aitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem =konomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk =ang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti =asaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi =isi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall =treet. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah =ereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short =elling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai =pekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. =asilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.

ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN

Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan =engaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang =unia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?

Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada =konomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak =erurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit =erbeza. Dr Monzer berkata :-

Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their =conomies are not in fact largely dependent on the American economy. =hey depend largely on their own resources and the momentum of domestic =nfrastructure and construction sector.

Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey =nd other Arab countries are dependent on the American financial market, = think whatever these emerging markets are facing now is caused by =ocal policy and construction rather than on the effect of the American =inance sector, especially a good proportion of the banking system in =he Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact =hielded it from the current credit crisis that is basically a debt and =ortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. > [14]

Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari =ergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita =asti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.

Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan =edikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis =konomi USA tahun 2008 ini.

Sunday, November 2, 2008

Sedutan D S Hadi

DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata

Lee : Jadi Dato Seri masih yakin boleh lagi lah dalam...

DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik

Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit

DS: Saya baru balik

Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah

D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO.

DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan

Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni.

DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur.

Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...

DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?

DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.

Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan.

DS Hadi: Yang masuk pun dah ada.

Sazali: Dari pimpinan Umno?

DS Hadi : Iya ada pimpinan Umno yang masuk.

Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah pemimpin yang sudah masuk dalam.

DS Hadi: Bila tiba masa lah.

Sazali: Tak boleh beritahu ya?

DS Hadi: Aah...tak boleh lah.

Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional?

DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno.

Khairul Rizal: Di mana?

DS Hadi: Di Johor...di Johor

Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda.. lepas, mungkin ada komen dari sudut penghakiman.

DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus.

Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi.

Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah.

Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik.

Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik.

Saturday, November 1, 2008

Dulu Kini Selamanya hancurkan Islam

Lama sudah saya tak menulis artikel seperti ini kerana kekangan kerja
dan tugas-tugas politik semasa yang menghalang saya tetapi pagi ini
seolah-olah baru sedar dari lamunan saya mendapat idea dan harap dapat
ia dapat dikongsikan dengan semua blogger yang wujud di dunia maya
ini. Insya Allah. Saya memilih tajuk ini selepas menjalankan sedikit
kajian yang berkaitan dengan harapan dapat menyedarkan umumnya ahli
UMNO yang tidak sedar diri mereka sudah diperalatkan oleh pemimpin
yang tampak indah peribadi tetapi sebenarnya sampah yang menyelubungi
diri. Bukanlah niat saya untuk menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan
perjuangan tetapi lebih kepada perbetulkan setiap tingkah yang
ditonjolkan oleh pemimpin kesayangan mereka yang jelas mempermainkan
kesetiaan mereka dalam setiap perbuatan politik mereka. Semoga artikel
ini menarik perhatian pencinta UMNO yang berani melaksanakan perubahan
drastik demi memastikan UMNO terus relevan untuk tempoh
sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.

UMNO...DULU BAGAIMANA???
Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato'
Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah
dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai
Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4
Feberuari 1988.

Antara Asas dan Tujuan:-
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita
Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama
dan negara.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah
pertubuhan parti politik bertujuan untuk menentang Malayan Union,
mempertahankan hak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja seterusnya
memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah. Perjuangan UMNO yang
berteraskan Melayu tidak menyimpang dari kehendak Islam.

Ketegasan UMNO untuk agama Islam terbukti dengan tertakluk dalam perlembagaan

yang menyebutnya di dalam fasal 3.3 :

'Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara
serta menghormati prinsip kebebasan agama.'


Hakikat Sebenar (10 tahun terakhir):-
1. Menghapus tulisan Jawi

2. Perompak harta negara

3. Pengkhianat bangsa Melayu


UMNO...KINI MACAMANA???
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat yang kini bukan lagi
ahli dan mungkin hanya diterima permohonan menyertai kembali UMNO
selepas pergi Pak Lah pada Mac 2009( itupun kalau Pak Lah betul-betul
pergi) iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988
selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan
pendaftarannya oleh mahkamah.UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai
UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan
termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu,
bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih
satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan
boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang
UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun
DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988?)

Asas dan tujuan penubuhan semula:
UMNO (BARU) adalah sebuah parti politik yang berjuang mendokong cita-cita
Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama
dan negara serta ingin menyelamatkan aset UMNO semasa yang bernilai
lebih dari satu billion.

Hakikat yang hakiki (10 tahun terakhir):-
1. Melahirkan ramai pengamal RASUAH yang hebat

2. Perompak harta UMNO dan negara

3. Perompak wang Tabung Haji dan KWSP

4. Pengkhianat bangsa Melayu (menghentam raja-raja Melayu)

5. Memenjara bangsa Melayu melalui tuduhan palsu dan hukuman

tanpa bicara (ISA)

6. Menghina Nabi Muhammad s.a.w

7. Menyekat dakwah ISLAM yang sebenar

8. Memperlekeh Al-Quran dan penentang hukum ALLAH

yang hebat

9. Meroboh surau dan masjid ALLAH

10. Menyokong program hiburan maksiat

11. Membiarkan gejala MURTAD terus menular dalam
kalangan bangsa Melayu

12. Memperkenalkan Mazhab baru iaitu HADHARI (difahamkan
ia singkatan daripada (Ada HAD pada HARI tertentu)


Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara dua wajah UMNO ini tetapi
sekurang-kurangnya ia mempunyai sedikit persamaan iaitu tiga dari
empat mantan Presidennya pernah keluar dari UMNO.

UMNO...SELAMANYA JADI LAGU MANA???

Tsunami Politik Pasca PRU-12 ternyata mengubah segala yang indah buat
UMNO kerana sehingga ke saat artikel ini ditulis UMNO masih gagal
mengurus kekalahan mereka sehinggakan ada dalam kalangan pemimpin
terang-terangan berkonfrontasi dengan Presiden UMNO semasa dan UMNO
sebenarnya telah terbahagi kepada beberapa kabilah yang menyebabkan ia
sukar untuk bercakap soal kesatuan bangsa apatah lagi menjulang
ketinggian adab dan agama Islam. Kegagalan mereka diteruskan lagi
dengan pengisytiharan keluar dari UMNO bersyarat oleh Mantan
Presidennya sendiri dan kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan
yang merupakan musuh sampai ke mati antara kedua tokoh tersebut.

Soalnya, apa lagi kekuatan yang tinggal pada UMNO jika kita renung
kelakuan dua tiga 'partner' UMNO dalam Barisan Nasional yang mula
berani menuntut hak
dan meminta sesuatu yang cukup asing bagi mereka untuk menyuarakan
secara terbuka sepanjang 3 dekad yang lalu. Mengapa, kenapa,
bagaimana, apa, bila dan di mana
UMNO sekarang??? Itulah persoalan yang akan dibangkitkan bila ada
insan cuba bicara tentang kelangsungan politik Melayu UMNO ini. Adakah
ini petunjuk dari Allah
bahawa sesuatu perjuangan yang berteraskan kebangsaan akan lupus
selagi ia tegar berpegang kepada soal pokok ketuanan bangsa dan bukan
ketuanan agama yang mungkin
terlalu sensitif untuk disentuh? Hakikatnya, UMNO semakin hari semakin
lemah dengan perebutan kuasa dan jawatan oleh golongan 'elites' yang
bertarung dengan kelompok kecil golongan kasta bawahan yang ada
sedikit keberanian untuk bersaing atas nama perjuangan rakyat walaupun
dinafikan pelbagai hak mereka. Saya yakin satu hari, ahli UMNO akan
kembali menginsafi hak mereka sebagai ahli yang mendukung perjuangan
sebenar bila mana UMNO asal ditubuhkan 62 tahun dahulu dan pada ketika
itu walau mungkin ia sudah terlewat tetapi sekurang-kurangnya mereka
menggunakan hak mereka secara amanah dan telus untuk memberikan tempat
kepada pemimpin yang bersifat pejuang bukannya bersifat perakus dan
pengaut khazanah dan harta rakyat sebagai pimpinan mereka. Saya yakin
pada ketika itu, UMNO akan kembali menguasai keadaan dan berjaya
akhirnya menguruskan apa yang termaktub sebagai kekalahan paling teruk
sebuah parti yang dikatakan cemerlang, gemilang dan terbilang