Friday, September 4, 2009

Budaya Selawat

Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat. Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi. Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzab: ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan:

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya, istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W, bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W di antaranya:

1. Imam Syafie mengatakan, selawat itu wajib dibacakan dalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam.

2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyahud awal dan akhir.

3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan, selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dalam tasyahud awal atau akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat, selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat, berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi berpendapat, selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.

7. Az-Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai.

9. Ibnu Qashshar berpendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu ibadah wajib.

Kesimpulannya, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1. Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w : “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus ." (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

3. Sabda Nabi s.a.w: “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada. “(Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “(Hadis Riwayat Abu Daud )

Berdasarkan dari hadis², jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Waktu-Waktu Berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya:

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya. Nabi s.aw bersabda: “Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa: Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu. Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa: Wahai Tuhanku, aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu.” (Hadis Riwayat Abu Daud )

2. Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud
“Dengan Nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad."

3. Sesudah Azan. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

4. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang.

5. Di dalam sembahyang jenazah. Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad: “Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”

6. Di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya. Berkata sebahagian ulama adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud
“Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah, muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku."

7. Di permulaan dan akhir doa. Nabi bersabda: “Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi. Tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

8. Di akhir qunut dalam sembahyang. Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yang bermaksud “Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad.“

9. Di malam dan di hari Jumaat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku.“ (Hadis Riwayat Thabarani )

10. Di dalam khutbah Jumaat. Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah, sesudah membaca tahmid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat.

11. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w. Sabda Nabi s.a.w: “Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku, melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya.
“(Hadis Riwayat Abu Daud )

12. Sesudah bertalbiah. Sabda Nabi s.a.w: “Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. “(Hadis Riwayat Syafi’i & Daraquthni )

13. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian. Sabda Nabi s.a.w: “Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

14. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam. Sabda Nabi s.a.w: “Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi s.a.w melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

15. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting. Sabda Nabi s.a.w: “Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya. “ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

16. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

17. Ketika telinga berdengung. Sabda Nabi s.a.w: “Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung, maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

18. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, ujurnya: “Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawab Rasulullah s.a.w “Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “(Hadis Riwayat Ahmad)

19. Setiap waktu pagi dan petang. Sabda Nabi s.a.w: “Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. “ (Hadis Riwayat Thabarani)

FADHILAT-FADHILAT SELAWAT

1. Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda. (Surah Al-Ahzab: 56)

2. Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali. (Hr Muslim)

3. Rasul s.a.w: Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak selawatnya kepadaku. (Hr Tirmizi)

4. Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut disisinya. (Hr Tirmizi)

5. Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya: "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi

Friday, July 31, 2009

Pok Loh mansuh ISA

Apabila Pak Lah kata mansuh ISA...
Fri | Jul 24, 09 | 7:28:54 pm MYT
Akhbar Siasah keluaran terbaru (26 Julai?1 Ogos 2009) memetik Perdana Menteri ke-5, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dalam ruangan 'Cakap-Cakap Pemimpin' dengan tajuk 'Mansuhkan ISA' sebagai berkata: "ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.

"ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."

Apa diperkatakan Pak Lah begitu mempesonakan. Betulkah ini Pak Lah? Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar sebaliknya menyiarkan kembali tulisan lama saya di ruangan ini, bertarikh Jumaat, 5 Oktober 2005 (ketika Pak Lah masih berkuasa) dengan tajuk 'Pak Lah, isteri beraya; tahanan ISA sekeluarga merana'. Sila lihat http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10163&Itemid=76

Pak Lah dan isteri beraya, tahanan ISA dan keluarga terus derita, bebaskan mereka, kembalikan ke pangkuan keluarga.

Pak Lah and wife celebrate Hari Raya, ISA detainees and family suffer. Release them now, return them to their families.

Tulisan di dua kain pemidang putih yang dipamer aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pekarangan OCBC berhampiran Stesen LRT dan Masjid Jamek, jam 12:00-12:30 tengah hari Jumaat, 5 Oktober, cukup untuk menceritakan kisah derita mangsa dan keluarga tahanan ISA.

Panas terik mentari tidak memadamkan semangat kira-kira 10 aktivis ? lelaki dan perempuan ? berdiri gagah mempamerkan kain rentang dan sepanduk kepada ratusan warga kota yang berpusu-pusu menuju masjid dan keluar beramai-ramai pada waktu rehat tengah hari.

Sebahagian besar, melihat sepintas lalu, mengangkat kaki dan pergi. Ada pemandu, membunyikan hon tanda simpati.

Kebanyakannya tidak mengerti, tetapi bagi yang terbabit, derita dan kesedihan ditanggung berpanjangan, sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Ramadan hanya berbaki kurang seminggu, anak isteri masih mengharap kepulangan insan tercinta, nun berada di Kamunting sana. Debaran anak-anak menunggu raya kian memuncak, mengharapkan belaian dan pelukan abah di pagi mulia, tetapi dari sehari ke sehari, harapan itu kian tipis, bertukar hampa.

Tergenanglah air mata, tatkala tabir bergema 'Allahhu Akhbar, Allahhu Akbar, Allahhu Akbar walillah ilhamd'. Si ibu pasti kehilangan punca, sukar mengawal perasaan dan keadaan. Maka berpeluk-pelukanlah anak beranak itu?apakan daya, musnah segala harapan?

Namun khutbah Jumaat dan ceramah sebelum Jumaat di Masjid Jamek pada tengah hari itu, bagaikan siraman air dingin, menyirami hati-hati lara dan mengetuk pintu hati insan yang bersimpati. Perbanyakkan doa terutama pada 10 hari terakhir Ramadan, Yang Maha Kuasa tidak menghampakannya. Doa insan dizalimi amat mustajab, tiada hijab untuk dimakbulkan Rabbul Jalil.

Pada akhir perhimpunan anjuran GMI itu, alangkah sejuk hati melihat seorang anak muda, bersih mukanya, tiba-tiba muncul di depan perhimpunan, mengetuai bacaan doa; doa daripada orang dizalimi, doa untuk sejahteraan seluruh rakyat agar bebas daripada belenggu dan rantai besi ciptaan manusia.

Jika iblis dan syaitan dibelenggu pada Ramadan mulia, rantai dan jeriji bikinan manusia makin kejap. Ramadankah, Syawalkah, mereka tidak kenal itu semua. Yang penting, aku sentiasa berada di takhta kuasa, di puncak singgahsana.

Tatkala bergegas ke Masjid Jamek untuk solat Jumaat, terdengar seseorang berkata: "Kalau undang-undang manusia pun orang berkuasa tidak takut dan patuhi, apatah lagi undang-undang Tuhan."

Demikianlah betapa manusia begitu zalim pada diri sendiri. Sesudah zalim pada diri sendiri, mereka menzalimi orang lain pula.

Mereka mengurung, memenjarakan sesama insan tanpa ada niat menghadapkan tertuduh ke muka pengadilan.

Pak Lah dan isteri berhari raya; tahanan ISA dan keluarga terus derita (Pak Lah and wife celebrate Hari Raya; ISA detainees and families suffer).

Demikian dua perbandingan ketara; tetapi hidup bukankah bagai roda? Detik ini kita gembira tak terkata, sesaat kemudian kita duka nestapa. Kubur di sana terngangga, menunggu kita.

Jika gembira dan tawa itu milik manusia, di manakah kini orang-orang termana seperti Firaun, Hamman, Julius Ceaser? Atau untuk lebih dekat di mata, di mana kini Saddam Hussein yang sentiasa tertawa dalam portret keluarga? Atau Suharto? Atau Bush laknatullah yang hampir menyamai watak Nero, si maharaja gila yang membakar kota Rom? _

Bantah ramainya polis MU

PAS hantar memorandum bantah kehadiran ramai polis
Muhamad Yusri Amin
Fri | Jul 17, 09 | 2:36:30 pm MYT
KUALA KRAI, 17 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah di Manek Urai memberi isyarat cukup besar kepada rakyat Kelantan.

Katanya, walau pun calon yang menang itu dianggap pemborong ikan dan telah diperlekehkan Umno, namun beliau tetap menjadi pilihan rakyat.

"Namun Nabi Muhammad saw juga gembala kambing. Adakah pemimpin Umno juga mahu memperlekehkan gembala kambing," katanya.

Pada pilihan raya keci Manek Urai Selasa lalu calon PAS memperolehi 5,348 undi manakala Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. Undi rosak 96.

Jumlah keluar mengundi 10,727 dengan mejoriti PAS sebanyak? 65 dan sebanyak 87.26 keluar mengundi.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi sebelum ini memberitahu seramai 3,000 anggota polis bertugas di Manek Urai sepanjang kempen pilihan raya. Terdapat tiga markas taktikal dibina yang memuatkan 1,000 orang setiap satu.

Nik Abdul Aziz berkata, pada pilihan raya itu Umno-BN menggunakan secara berleluasa seluruh jentera kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kemenangan calon PAS sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam di Kelantan.

"Kemenangan ini juga merupakan tanggungjawab cukup besar yang mesti diteruskan Abe Uji. Kita melihat rakyat cukup peka dan prihatin terhadap nasib dan masa depan mereka.

"Jadi apa pun saya gembira dengan kemenangan ini walau pun dengan mejoriti 65 undi, ini biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya kecil.

"Tetapi apa yang lebih penting Abe Uji diharapkan dapat memberikan fokus untuk mengembalikan undi yang hilang berbanding pilihan raya umum lalu," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin perwatakan dan ketokohan Abe Uji dapat mengembalikan kekuatan PAS di Manek Urai.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian mendedahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahi Akta Pilihan Raya 1954 apabila datang berkempen menggunakan jentera kerajaan.

Katanya juga beliau hairan betapa ramai anggota pasukan keselamatan dihantar ke Manek Urai seolah-olah PAS berdepan dengan kerajaan Malaysia dan bukannya Umno.

"Kehadiran pasukan polis yang begitu ramai juga, setiap kali pilihan raya mutakhir ini cukup merisaukan kita.

"Dan tidak menolak kemungkinan kita akan menghantar satu memorandum kehadiran polis yang begitu ramai tidak munasabah dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang," katanya. - mj

Monday, July 27, 2009

UMNO berundurlah

KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin

Saturday, July 18, 2009

Pelbagai

Mesra Sokmo said...
Sekolah Men Putra Pandan, Puchong telah runtuh....SPRM pergi siasat segera & bunuh kaki tangan kementerian pelajaran yg terlibat dgn rasuah, termasuk hisahmuddin husin onn, kerana banguan itu dibuat zamannya. Macam berlaku pada Teo ...bunuh jangan tak bunuh

July 18, 2009 9:29 AM


Mesra Sokmo said...
Syabas Chua Ji Ming masuk PKR, tinggalkan saja MCA kpd. Chua Sue Lek, pandailah Chua mengurusnya..Puteri UMNO pun boleh pinjam asalkan BN

July 18, 2009 9:31 AM


Mesra Sokmo said...
Malu aku tengok, bila 50 % org tak bersalam dengan MB Perak. Mungkin dia terkejut beruk...rupanya macam Obama....semasa ambil hadiah & saguhati dari Sultan Perak sempena ngaji Al Quran diUTP Perak

Maklum sajalah MB Zambry Aljubury, ambil perak melalui jalan liwat/belakang....ehhh malu sungguh, tak pergi lagi baik zambry oiii

July 18, 2009 9:36 AM


Mesra Sokmo said...
TokBatinSenoi said...
hai tontoya,
bukan semua org2 umno tu senang2 ooi..DUDUK DALAM UMNO MISKIN BUAT APA? TANYA YB DATUK ZALI, PERWAKILAN UMNO MESTILAH KAYA MACAM ARWAH ZAKARIA ADUN PORT KLANG, KHIR TOYOL BANGLO RM24JUTA. DIDUNIA TAK DAPAT IKUT AJARAN SESAT HADHARI DAN AKHIRAT PULA MELARAT SEBAB TOLAK HUKUM ALLAH SWT

July 18, 2009 9:43 AM


Mesra Sokmo said...
DALAM MUSABAQAH DIPERAK, PENGHURAIAN TELAH DIBUAT BERMAKSUD ALLAH SWT TURUNKAN HUKUMAN ADALAH WAJAR UTK UMAT MANUSIA DAN MEMBERI KESAN BAIK KPD MANUSIA JUGA, KENAPA AMBIL CARA PENJAJAH YG DITINGGAL OLEH ORG PUTIH....UBN

July 18, 2009 9:49 AM


Mesra Sokmo said...
UMNO meneruskan dasar penjajah..Dalam majalah 3, Dato Bahaman menentang Inggris...maknanya Dato Bahaman pun melawan BN...haahhh

July 18, 2009 9:52 AM

Thursday, May 7, 2009

BN tunggu nazak

Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu
M Faqih
Thu | May 07, 09 | 2:36:33 pm MYT
KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.

Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.

Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Menurut sumber pelucutan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

"Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.

"Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat," katanya di sini.

Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.

Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.

Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.

Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.

Semalam Naib Presiden, Dato' Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Khabar dari Mekah

Catatan Dari Tanah Suci
dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

oleh Dato' Kamarul Baharin Abbas
Pada 16 April 2009, saya bersyukur kerana berkesempatan menjadi tetamu rumah Allah. Alhamdulillah, walaupun cuaca mencecah lebih 40 darjah Celcius, saya dan isteri dapat menunaikan ibadah umrah tanpa gangguan.

Maha Besar Allah yang telah menjadikan Baitullah tempat pertemuan umat dari segenap pelusuk dunia. Walaupun berkesempatan bertemu warga Afrika, Arab, Pakistan dan sebagainya tetapi saya bertemu juga dengan orang Perak.

Inilah yang melucukan ketika saya dalam perjalanan balik ke tanahair. Di Jeddah, saya berjumpalah dengan yeop ni -yang jugak seorang Datuk. Orang bergelar juga. Umnonya tebal berkarat juga.

Yang menariknya, si Yeop Perak ini tak kenal saya. Maka berceritalah kome-kome ini tentang pergolakan politik di Perak. Katanya, di Perak kita mesti terus pertahankan dengan apa cara sekalipun pemerintahan BN termasuk menggunakan istana. Sebab itu sahaja peluang yang kita ada. Katanya lagi, kalau buat pilihanraya dan pulangkan kepada rakyat -mampuslah kita.

Jadi ini adalah sekelumit catatan perjalanan saya ke tanah suci. Tetapi cerita politik tetap menjadi perhatian saya. Namun sebagai orang PKR -keadilan adalah menjadi tonggak pegangan. Yang menjadikan saya bersyukur ialah sampai di sini pun Allah tunjukkan keadilan!

Oleh itu, orang-orang Perak sedarlah bahawa kerajaan boneka BN itu hanya sementara sahaja. Mereka tidak dapat lari daripada hambatan rakyat. Apabila sampai masanya, rakyatlah tuan yang akan menentukan siapa yang layak memimpin mereka.

HIDUP RAKYAT!!