Thursday, May 7, 2009

BN tunggu nazak

Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu
M Faqih
Thu | May 07, 09 | 2:36:33 pm MYT
KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.

Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.

Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Menurut sumber pelucutan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.

"Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.

"Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat," katanya di sini.

Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.

Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.

Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.

Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.

Semalam Naib Presiden, Dato' Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.

Khabar dari Mekah

Catatan Dari Tanah Suci
dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

oleh Dato' Kamarul Baharin Abbas
Pada 16 April 2009, saya bersyukur kerana berkesempatan menjadi tetamu rumah Allah. Alhamdulillah, walaupun cuaca mencecah lebih 40 darjah Celcius, saya dan isteri dapat menunaikan ibadah umrah tanpa gangguan.

Maha Besar Allah yang telah menjadikan Baitullah tempat pertemuan umat dari segenap pelusuk dunia. Walaupun berkesempatan bertemu warga Afrika, Arab, Pakistan dan sebagainya tetapi saya bertemu juga dengan orang Perak.

Inilah yang melucukan ketika saya dalam perjalanan balik ke tanahair. Di Jeddah, saya berjumpalah dengan yeop ni -yang jugak seorang Datuk. Orang bergelar juga. Umnonya tebal berkarat juga.

Yang menariknya, si Yeop Perak ini tak kenal saya. Maka berceritalah kome-kome ini tentang pergolakan politik di Perak. Katanya, di Perak kita mesti terus pertahankan dengan apa cara sekalipun pemerintahan BN termasuk menggunakan istana. Sebab itu sahaja peluang yang kita ada. Katanya lagi, kalau buat pilihanraya dan pulangkan kepada rakyat -mampuslah kita.

Jadi ini adalah sekelumit catatan perjalanan saya ke tanah suci. Tetapi cerita politik tetap menjadi perhatian saya. Namun sebagai orang PKR -keadilan adalah menjadi tonggak pegangan. Yang menjadikan saya bersyukur ialah sampai di sini pun Allah tunjukkan keadilan!

Oleh itu, orang-orang Perak sedarlah bahawa kerajaan boneka BN itu hanya sementara sahaja. Mereka tidak dapat lari daripada hambatan rakyat. Apabila sampai masanya, rakyatlah tuan yang akan menentukan siapa yang layak memimpin mereka.

HIDUP RAKYAT!!

Saturday, April 11, 2009

PAKIDA

Sebenarnya PAKIDA ini diasaskan dari kalangan pemimpin umno setelah TDM mengharamkan SABILULLAH. Dari segi perjuangan, ibarat langit dengan bumi. Memang tidak dinafikan pakida sekarang telah berpecah beberapa puak, tidak diketahui siapa nenekanda, siapa ayahanda, siapa kekanda dia orang. Asas dan objektif penubuhan kumpulan ini berasaskan kebajikan, tetapi sekarang bukan kebajikan lagi jadi samseng lebih dari berdakwah. Saya sedih melihat kumpulan ini yang telah jauh lari dari akidahnya. Sekarang mereka tidak kenal yang mana satu haram yang mana satu halal. Saya juga sedih perjuangan pakida hari ini telah diperkudakan olih parti pemerintah untuk dijadikan samseng dalam parti umno yang sudah tidak relevan lagi.Zaman Datuk Harun Idris, Allahyarham Dato Meor Rahman, lain perjalanannya. Zaman itu, apa yang disumpahkan, akan dituruti dengan apa yang agama islam seru dan meninggalkan perkara yang dilarang. Sekarang ini sudah terbalik. membujor lalu melintang patah, ada sesetengahnya isteri kawan sanggup dikebasnya, kelab malam control, arak sudah jadi sarapan pagi, sesama islam pun tidak kira, asalkan nafsu puas. Sekarang ini ahli yang diterima pun ada yang tak khatam qur'an. Apa nak jadi tak tahu lah. Walau pun sabilullah diharamkan TDM, tetapi sepanjang perjalanan saya seluruh semenanjong, kami tetap setia dengan perjuangan kami. Jatoh bangun kawan-kawan tetap diberi pertolongan. Saya amat kasihan kepada Dato abdullah ismail, tan sri sanusi, tan sri osman arof yang sedia diketahui menjadi penaung kumpulan ini. Walau apa pun saya berpandangan, kumpulan ini perlu bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku, insaf lah, jangan lari dari garis panduan perjuangan. wassalam

Monday, February 23, 2009

Angkara Siapa?

Sudah lama dah!!! Melayu mudah lupa
Firaun dulu pun berkata dia tahu apa dia buat. Disini umno dah 65 tahun mengkianati Islam, memadamkan tulisan jawi oleh Khir Johari, melarang ustaz mengajar yg betul diMesjid & surau. Sunat pakai kopiah ditukar sunat pakai songkok. Pakai kopiah dicopkan org pas, habis rakyat Msia tak dapat ikut sunnah. Khutbah jumaat langsung tidak ada isi yg boleh diambil, yg selalu dibaca khatib tentang Fahaman Maxxis hadhari. Rakyat jadi bodoh tentang ugama Islamnya sendiri. Kenapa UMNO takut sangat dgn hukum ALLAH SWT. Tak boleh nak makan rasuah, tak boleh berzina, tak boleh boros - shoping diaustralia bawa 3 juta RM oleh mat taib. Rogol pelajar oleh Tamby chick. Bunuh jalil Ibrahim diHong kong - Itu dikatakan berjasa selamatkan melayu jadi neraka dunia (bebas arak)...pas berjaya didunia memberi umatnya takutkan neraka....akhirat dapat pas beri syurga? kerana menolak hadhari maxxis yg sesat, dunia adalah jambatan ke akhirat. pasal tu manusia di letak didunia untuk allah uji. kalau dunia pun dah berpakat dengan kapir harbi laknatullah... yang berzina pun hukumnya salah yang ambil gambar (gambar tidak boleh dibawa kemahkamah utk jatuhkan hukum hudud..gambar OTAI pun boleh diedit utk tunjukkan berzina) Itulah bila Islam tak diberi yg benaran utk merintah. hukum hudud pun tak reti. Hudud - mengadakan 4 org saksi yg bukan gulongan fasik, yg tengok kotai itu masuk kedlm faraj, melepasi takok dilubang. (macam celak kening diumpamakan oleh Nabi Muhammad SAW). Maka fahamlah kita undi dap dan pkr lebih utama kerana dia inginkan hudud dimartabatkan, kecuali karpal singh seorg sahaja. Semoga ianya dibukakan Allah hatinya utk Islam. Bukan nak kutuk tapi nak beri penjelasan kpd golongkan yg kurang ilmu bukan jahil. Silalah budak! allah tak beri apa2 kuasa kat awak ...(semoga warga BN diberi petunjuk oleh Allah utk Islam sebenar dimasa zaman Najib yg selalu menggunakan pintu belakang). dan tak gerenti awak bubuh lim kit siang dll sebagai pejuang di jalan allah (Allah yg tentukan bukan kita macam Hindun yg makan hati syadina Hamzah, akhirnya terima Islam) Lihat tafsir Al Quran berapa kisah Yahudi didlmnya memusuhi islam.... itulah kalau tak faham bahasa arab (bacalah maknanya Tuan Hj semoga anda faham dan mengerti kehendak Allah yg banyak diperjuangan oleh PAS). Mati tidak mengenai usia, yg penting sumbangan anda tegakkan kebenaran Islam. Keredaan Allah & Pahala adalah ukuran. Akhir kata Allah tidak berhajat kpd makhluk tetapi manusia yg berasal dari setitik air mani mengharap kpd penciptanya, walaupun hipokrik & retorik dan banyak wang. Wassalam khas utk Tuan Hj Otai

Friday, February 20, 2009

Baru & Benar

Saiful said...
aku cukup tabik dan respect dgn politician yang berbangsa Cina dan india(Elizabeth dan Chua Soi Lek dan juga YB Selambau iaitu V Arumugam) yg sanggup meletak jawatan apabila terbabit dgn masalah moral.walaupun dalam kes Elizabeth ni adalah kes aniaya tapi beliau sanggup meletakkan jawatan semata-mata kerana nak menjaga nama baik parti.Tapi yg politician melayu pulak spt jamaluddin jarji,najib, Muhammad taib,khairy,pak lah,hishamudin dan ramai lagi pulak walaupun terbabit dgn berbagai kes tidak bermoral dan rasuah tapi masih lagi tidak mahu letak jawatan.jadi tak heranlah kalau orang bukan melayu pandang rendah pada politician orang melayu.politician orang melayu berpolitik kerana $$$$$$ dan orang bukan melayu berpolitik utk menjaga kebajikan rakyat dan membela nasib rakyat.inilah yg perbezaan ketara antara politician melayu dan politician bukan melayu.yg terbaru isu bekas calon PKR(YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu) drpd perak walaupun terbabit dgn kesalahan menerima habuan seks tapi masih juga tak mahu letak jawatan.

Aku tabit Mat Isa Samad, ambil duit haram hasil bela BABI diN9 dan beri rasuah dalam pemilehan UMNO, duit itu yg. Memang duit haram. Dan org UMNO yg suka pada duit haram pun buat makan ...anak isteri...hasil jualan Babi yg haram, itu. Abe MIE, dewata, zali pun terpalik juga makan hasil jualan BABI Mat Isa Samad Mantan MB N9.

DOUBLE STANDARD

ironseven said...
SIKAP DOUBLE STANDARD POLIS DAN SPRM NAMPAK SANGAT.....

laporan polis dan akuan bersumpah yg pihak PR buat sejak mac 2008 sampai la ni tak ada tindakan walau bukti dah ada.

kes MB selangor report pada bulan 1 oleh gerak, sebulan buleh siapkan siasatan.

nampak sangat polis dan sprm ni makan gaji haram dan jadi kuda tungangan serta tali barut BN umno.

sejarah tak pernah lupakan manusia, manusia yang selalu terlupa akan apa yang telah mereka buat...SPRM - berita bernama mlm tadi menyebutkan 90 kes dSerawak adalah palsu. Tapi bila Yong Tek Lee nak keluar BN, semua isu rasuahnya diceritakan. Itulah BN nak sekongkol lagi. Dasar peras ugut

Thursday, January 8, 2009

Borang 14 - P036 KTrg

Saya menjangkakan perbezaan undi antara calon yang menang dengan calon yang kalah dalam pilihanraya kecil ini bukan lagi kurang daripada 1k undi. Tetapi ia akan menjadi lebih besr daripada itu. Antara sebab utama ialah pertembungan antara orang sekampung seolahnya, dan perbezaan wibawa calon.


Saya hidu wibawa calon UMNO adalah tersangat rendah sehingga beliau diperlekeh oleh orang UMNO sendiri. Figur besar yang dikaitkan dengan perkara ini ialah Tun Mahathir Mohamad. Calon bebas jelas kelihatan daripada luar sebagai tunggangan UMNO, kerana profesyen beliau sebagai kontraktor di Terengganu memberi bayangan yang sangat jelas bahawa beliau berda dalam khemah UMNO. Kali ini calon bebas tidak memainkan peranan spoiler, berbeza dengan keadaan semasa Tok Mun bertanding dalam PRU12 yang lepas.


Apa yang ingin saaya kongsikan di sini ialah persiapan taktikal yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh jentera pilihanraya PAS . Persiapan strategik saya percaya telah pun dibincangkan dan diputuskan oleh jentera tersebut.


1. Antara perkara awal yang perlu diberi perhatian ialah semasa menjalani proses piliharanraya, PAS tidak boleh mengambil sikap tok lebai, iaitu sentiasa percaya kepada semua pihak dan beranggapan pihak lawan bersikap gentleman dan mematuhi peraturan perjalanan pilihanraya.

2. Petugas yang perlu diberi taklimat khas, dan taklimat berulang ialah polling dan counting agent.

3. Kalau boleh kedua porfolio ini diisi dengan individu yang bersikap berani, tegas dan kadang kala sanggup bersifat samseng.

4. Sentiasa curiga, bahawa pihak lawan sememang akan menipu. Bagaimana kah penipuan boleh berlaku?

5. Orang yang datang membuang undi bukan tuan punya sebenar kad pengenalan. Ini hanya boleh diatasi sekiranya polling agent adalah orang tempatan. Kalau bukan orang tempatan, ia sukar dikesan

6. Orang yang datang untuk membuang undi, tidak memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi, tetapi cuma berpura pura memasukkannya sahaja, atau buat bodo saja keluar. Kertas undi yang dibawa keluar ini boleh dijual pada harga yang tinggi. Apabila dibeli, kertas itu akan digunakan untuk memangkah parti yang dikehendaki dan dimasukkan oleh pengundi lain yang datang kemudian.

7. Semasa membilang undi, pastikan agen betul betul faham dengan prosedur membilang undi, prosedur menentukan undi rosak dan prosedur menulis bilangan undi dalam borang 14.

8. Bila penjumlahan telah selesai, counting agen hendaklah melihat dengan jelas jumlah bagi undi yang diterima oleh partinya dituliskan dalam ruang yang betul dengan jumlah yang betul.

9. Borang 14 hendaklah ditanda tangani oleh counting agent parti dan juga oleh returning officer. Sebelum menanda tangan borang tersebut, periksa berkali kali bahawa entri tersebut adalah betul.

10. Counting agent hendaklah mengambil satu salinan borang 14 yang telah ditanda tangani dan di cop dengan mohor SPR. Kalau tidak lengkap jangan ambil borang itu, dan minta returning officer cop dan tanda tangan. Kalau dia tidak mahu, sedia untuk bertumbuk.

11. Borang 14 hendaklah dibawa ke pusat penjumlahan, dan pegawaai parti di pusat penjumlahan hendaklah siap menunggu kesemua borang 14. Katakan ada 12 peti undi dalam setiap DUN, maka kalau 4 DUN, jumlah peti undinya adalah 12X4=48. Jadi pegawai parti di dalam pusat penjumlahan undi mesti menerima 48 borang 14.

12. Siapkan laptop dan paling kurang gunakan excel untuk membuat penjumlahan sendiri.

13. Sekiranya angka yang dipaparkan oleh pihak SPR tidak sama dengan apa yang terdapat dalam borang 14, maka disitu, agen parti mesti membuat bantahan dengan menggunakan borang 14.

14. Ingat kes PRU12 Sanglang? Apabila angka diubah, atau terubah, dan tiada borang 14 untuk dijadikan sandaran untuk bantahan dibuat, apa yang dipaparkan itu kekal, walaupun salah! Sebab itu pada perisytiharan, Utz. Hashim Jasin kalah di Sanglang.

15. Adakah anda fikir, kesilapan di Sanglang itu tidak sengaja?